Siapa golongan yang akan selamat di Akhir Zaman
Rasulullah telah menjelaskan bahwa akan datang suatu masa umat Islam akan terpecah menjadi 73 golongan semua masuk neraka, kecuali satu golongan yaitu al-Jamaah,
Dari Auf bin Malik, dia berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda:"Yahudi telah berpecah menjadi 71 golongan, satu golongan di surga dan 70 golongan di neraka. Dan Nashara telah berpecah belah menjadi 72 golongan, 71 golongan di neraka dan satu di surga. Dan demi Allah yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya umatku ini pasti akan berpecah belah menjadi 73 golongan, satu golongan di surga dan 72 golongan di neraka." Lalu beliau ditanya: "Wahai Rasulullah siapakah mereka ?" Beliau menjawab: "Al Jamaah." HR Ibnu Majah.
Kemudian Rasulullah menjelaskan siapakah yang dimaksudkan dengan al-Jamaah tersebut,
عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه قال كان الناس يسىْلون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسْله عن الشر مخافة ان يدركني فقلت يا رسول الله انا كنا فى جاهلية وشر فجأناالله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير من شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت ونا دخنه قال قوم يستنون بغير سنتى ويهدون بغير هديى تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على ابواب حهنم من اجابهم اليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال قوم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى ان ادركنى ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وامامهم فقلت فان لم تكن لهم جماعة ولا امام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو ان تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وانت على ذلك
"Diriwayatkan daripada Huzaifah bin Al-Yaman RA, katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat, kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: wahai Rasulullah! dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan ini (Islam yang datang melaluimu), adakah selepas kebaikan ini akan berlaku pula "kejahatan". Rasulullah menjawab "Ya".
Aku bertanya lagi: adakah akan berlaku pula datangnya kebaikan selepas era kejahatan itu? Rasulullah SAW menjawab "Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan".
Aku bertanya: apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab: yaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mereka mengikuti jalan yang lain dari jalanku. Di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang tidak kamu mengenalinya.
Aku bertanya lagi: adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah SAW menjawab: Ya, ketika itu banyak yang menyeru manusia ke neraka jahannam. Barangsiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka.
Aku berkata lagi: wahai Rasulullah, terangkan kepada kami tentang sifat mereka itu. Rasulullah SAW menjawab: baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.
Aku bertanya lagi: wahai Rasulullah, apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah SAW menjawab: hendaklah kamu bergabung bersama dengan Jamaah kaum kaum muslimin dan Imam mereka (Khalifah)
Aku bertanya lagi: bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai Jamaah dan tiada Imamnya? Rasulullah SAW menjawab: hendaklah kamu mengucilkan diri dari semua kumpulan yang ada, walaupun akibatnya sehingga kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan sehingga kamu mati karananya namun kamu tetap dalam keadaan yang demikian. (HR.Bukhari dan Muslim).
Berdasarkan penjelasan hadist di atas maka yang dimaksudkan dengan al-Jamaah adalah jamaah kaum muslimin dan imam mereka yaitu sebuah pemerintahan khilafah yang didalamnya terdapat kaum muslimin dan dipimpin oleh seorang khalifah. sehingga Rasulullah memerintahkan untuk bergabung bersama mereka jika khilafah ada pada masa itu. Adapun konsekwensi orang yang tidak mau bergabung dengan al-Jamaah adalah;
Dari Ibnu Abbas r.a berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mengumpulkan umatku di atas kesesatan. Dan tangan Allah bersama Al-Jama'ah. Barangsiapa menyimpang dari Al-Jama'ah, berarti dia menyimpang ke neraka." (HR Tirmidzi dan Hakim)

0 Response to "Siapa golongan yang akan selamat di Akhir Zaman"
Post a Comment